Quantcast

Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

classic Classic list List threaded Threaded
20 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

 Richard
 Walaupun ada sedikit perubahan seperti tangki minyak yang agak besar, ruang untuk simpan
topi keledar yang besar dan brek cakera belakang tetapi pada keseluruhannya kenapa Honda
Future 125 masih tidak mahu berganjak daripada patern lama contohnya:-

 a) Masih lagi menggunakan 4 kelajuan (4 Speed) sejak dari era EX-5 (dah lebih 20 tahun).
     Saya percaya Honda mampu untuk menaiktaraf kepada 5 kelajuan (5 Speed) untuk
     motorsikal tanpa "clutch" tangan ini. Dengan adanya 5 Gear, pergerakan pada kelajuan
     tinggi lebih senyap (kurang gegaran "4 Stroke") dan selesa dan penggunaan bahanapi yang
     lebih jimat. Ianya amat bersesuaian untuk aktiviti perjalanan jarak jauh sepertimana yang
     diiklankan (kerana enjin tidak perlu bekerja terlalu keras walau pun pada kelajuan yang tinggi.

 b) Rekabentuk Pemijak Gear hampir sama daripada era C-70 generasi pertama, Fame, EX-5,
     Wave hingga ke Honda Future. Saya percaya Honda mampu merekacipta Pemijak Gear yang
     lebih menarik dan selesa untuk di pijak dan diungkit seperti motorsikal pesaing.

 c) Sepatutnya butang (button) berasingan yang tertera perkataan "pass" untuk "High Beam"
     seperti yang terdapat pada motorsikal yang lebih besar diadakan pada Honda Future ini.
     Jadi kita tidak perlu menekan butang HIGH/LOW berulang kali semasa sebarang situasi di
     mana kita perlukan "High Beam" ditekan dengan cepat

 d) Pada pandangan saya suis penghidup elektrik (Hand Starter) harus bertutup supaya ianya
     tidak ditekan secara tidak sengaja semasa motorsikal sedang bergerak atau pun semasa
     injin masih hidup. (Suis ini boleh dibiarkan terbuka seperti yang sedia ada sekiranya ianya
     tidak akan rosak walau pun kerap kali tertekan semasa motorsikal sedang bergerak).

 e) Pada pandangan saya Honda juga boleh memikirkan untuk memberi pilihan terhadap Lampu
     Utama dan biarkan pembeli membuat pilihan sendiri mengikut kemanpuan kewangan mereka.
     i) Lampu seperti yang sedia ada
     ii) Lampu Bi-Xenon
     iii) Lampu Bi-Xenon dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti yang terdapat pada kereta Audi,
         di mana lampu digital putih yang dihidupkan pada siang hari di adakan.

 f) Rekabentuk "Absorber" belakang tidak begitu menarik atau pun terlalu normal jika dibandingkan
    dengan pesaing. Saya percaya ramai akan menukar absorber ini dengan rekabentuk baru yang
    lebih canggih dan menarik sejurus selepas membeli motorsikal ini.

 g) Begitu juga dengan rekabentuk Ekzos. Ianya kelihatan terlalu normal. Sekiranya kita perhatikan,
     pada masa kini begitu banyak rekabentuk Ekzos yang canggih dan menarik direka untuk
     motorsikal pesaing dan motorsikal berkuasa besar, Saya percaya Honda juga mampu untuk
     melakukan sedemikian untuk motorsikal Honda Future ini.

 h) Saya rasa keputusan untuk meletakkan tabung minyak brek hadapan (brek oil container) di
     dalam frame hadapan adalah tidak tepat kerana setiap kali minyak brek perlu ditambah, kita
     tidak dapat melakukannya sendiri sebaliknya kita kena ke kedai motor untuk membuka frame
     hadapan untuk menambah minyak tersebut.

 i) Pada pandangan saya Kunci Motorsikal tidak perlulah besar sangat kerana ianya agak tidak
    selesa untuk di simpan di dalam poket seluar kita. Saya perhatikan, bukan Honda sahaja tetapi
    pesaing juga melakukan kesilapan yang sama. Secara logiknya, kita akan sangkut lebih daripada
    satu kunci bersama kunci motorsikal kita, jadi longgokkan kunci tersebut memerlukan ruangan
    yang besar di dalam poket seluar kita. Oleh yang demikian Kunci Motorsikal yang lebih kecil
    adalah lebih ideal.

 j) Saya rasa Honda patut memberikan 2 pilihan terhadap "Spedo Meter". Biar pembeli membuat
    pilihan tersendiri mengikut kemampuan kewangan mereka. (Jadi pelanggan tidak perlu "modify"
    Speedo Meter mereka kemudian. Satu Jam Digital juga patut dipasang di dalam Speedo Meter.
      i) Speedo Meter Manual seperti yang sedia ada pada Honda Future sekarang
      ii) Speedo Meter Digital seperti yang ada di dalam kereta Honda Civic

 k) Mengadakan ruang kecil "compartment" (bertutup dan berkunci) untuk mengecas handphone.
     Sekurang-kurangnya sediakan ruangan tersebut di mana ianya boleh dinaiktaraf kemudian.

 l) Sama seperti  "k " adakan ruangan atau pun "holder" untuk letak minuman (tin) di sebalah kiri
    dan/atau pun "hanger" untuk gantung barang di hadapan. Sekurang-kurangnya sediakan
    ruangan tersebut di mana ianya boleh dinaiktaraf kemudian. Walau bagaimana pun aplikasi
    ini (hanger) hanya sesuai sekiranya bakul hadapan tidak dipasang.

 m) Saya perhatikan "Seat" motorsikal ini tidak dapat dibuka sepenuhnya untuk mengisi minyak
      atau pun untuk menyimpan "Helmet" sekiranya Bakul dipasang di hadapan. Oleh yang demikian
      salah satu di antara "Seat" atau pun Bakul harus di ubahsuai sedikit. Saya rasa lebih sesuai
      sekiranya Bakul diubahsuai sedikit supaya "Seat" boleh dinaikkan penuh semasa pengisian
      minyak atau pun untuk menyimpan "Helmet".

 n) Untuk proses naiktaraf seterusnya, mungkin Honda boleh memikirkan untuk merekacipta
     "faring" hadapan di mana ianya dapat melindungi kasut penunggang daripada basah semasa/
     selepas hujan sepertimana motorsikal dahulu (C70, Fame, EX5) dapat melakukannya. Pada
     masa sekarang hampir semua motorsikal tidak lagi memberi perhatian atau pun keutamaan
     di dalam hai inil . Oleh yang demikian faring hadapan direka terlalu kecil dan tidak lagi melindungi
     kasut semasa/selepas hujan atau pun di jalanraya yang masih basah. Saya harap Honda akan
     menyahut cabaran ini dan merekabentuk faring yang bukan sahaja aerodinamik tetapi dapat
     melindungi kasut daripada hujan (yang tidak terlalu lebat).

  o) Mungkin pada masa hadapan Honda boleh memikirkan untuk merekacipta Tangki Minyak yang
      lebih besar atau pun sekurang-kurangnya pengisian minyak boleh dilakukan tanpa perlu
      membuka "Seat" nya bersesuaian dengan namanya iaitu

  Akhir kata saya harap HONDA akan mempertimbangkan cadangan-cadangan saya di mana ianya
akan memberi peluang kepada pembeli untuk membuat keputusan bergantung kepada kemampuan
kewangan mereka. Sekiranya pembeli sanggup mengeluarkan lebih daripada RM1000 daripada harga
Honda Future untuk membeli motorsikal Yamaha LC, saya rasa pembeli juga sanggup berbelanja
lebih sedikit daripada harga sekarang untuk memiliki motorsikal Honda Future sepertimana yang
mereka idamkan. Seperti namanya, saya percaya HONDA FUTURE (HONDA MASA HADAPAN)
mampu melakukanya.

 Sekian dan terima kasih


Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

pemilik
pendapat yang merepek dan berangan angan. terlalu skeptikal dan tidak masuk akal.

contoh:

-tambah meter digital mcm honda civic
-suis handstater berpenutup
-kunci bersaiz kecil
 etc.


komen yang tak masuk akal lagi merepek. senang citer, beli motor cbr250 lah. semuanya ada, meter digital, suis high beam pass etc.

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

hussin
merepek pada ko, tapi pada orang laen tak..

zaman berubah, teknologi makin canggih..tengok motor yamaha la..dari SRE, SRX, LAGENDA KE LC yang terkini, tengok perubahan yg berlaku, baik dari segi design, spesifikasi dll, namapak banyak kemajuan yg yamaha bawa..rupa yg mengancam, power,

tapi honda, dari ex5, bawa ke ex5 class, wave, dll lebih kurang je.cuma ultimo je nampak cun skit, ,,performance?boleh baca komen pemiliknya..

kesimpulannya, setiap orang ada pendapat memasing...merapu pada ko, belum tentu orang lain sependapat dengan ko.

aku baca apa yg bro tu tulis ada betulnya..teknologi berubah, terlalu cepat,honda dalam bab superbike cukuop hebat, tapi bab kapcai, kalah jauh dgn yamaha&suzuki..pendapat aku je, laen orang mungkin tak setuju,,,
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

pemilik
weh, buat motosikal bukan senang2 je mcm jual kacang butir kat tepi jln.

perlu amek kira cost economic, market scale di malaysia ni, kuasa membeli rakyat malaysia terhadap jenama dan lain lain kos lagi.

anyhow, its just a kapchai. kalau epuipped semua tech latest yg spt thread starter idamkan, boonsiewhonda jual produk mereka rm8000-9000, mu nak beli ke???


kecek besar tp tak sedar diri d mana berada. ini malaysia, negara paling terbeban dgn cukai mAk datuk gajah rimau..

xngaji engineering economic ke???

kecek kira dgn org laguni meme payah....kalu rasa nak juga merasa semua tu, g pindah negara lain lah.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

newbie
(m) memang tak setuju..sebab saya beli motor nie siap bakul hitam jenama HL motor bila dibuka seat boleh dibuka sepenuhnya.saya menuggu bakul besi nanti
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

 Richard
In reply to this post by Richard

 Saya ingin tambah bebarapa perkara berkaitan dengan Ciri-Ciri Baru atau pun New Features.

 p) "Isyarat" peringatan, supaya tongkat motor dinaikkan sebelum pergerakkan/perjalanan. Kita
     sering dapat melihat motorsikal ditunggang tetapi penuinggang terlupa menaikkan tongkat
     dan tongkat tersebut akan bergesel di atas jalanraya semasa menempoh selekoh....kalau
     nasib tak baik, kita mungkin boleh terjatuh. Jadi cadangan saya adalah supaya diadakan
     lampu merah kecil yang senantiasa BERNYALA selepas kunci/enjin motor dihidupkan SEHINGGA
     TONGKAT TEPI DINAIKKAN atau pun "peringatan" berbunyi (beeping sound) untuk mengingatkan  
     penunggang yang tongkat motorsikalnya masih belum dinaikkan (sebelum bergerak).
     

 q) "Isyarat" peringatan (beeping sound) untuk Signal (indicator). Kita sering dapat melihat
     segelintir penunggang akan menunggang motorsikal mereka tanpa mematikan lampu signal
     (indicator) untuk satu jarak yang jauh. Ini adalah kerana mereka tidak sedar atau pun
     TERLUPA untuk mematikan lampu Signal mereka walau pun mereka sedang menunggang di
     jalanraya yang lurus.jauh IANYA BUKAN SAHAJA MERBAHAYA TETAPI MENYUSAHKAN PENGGUNA
     JALANRAYA YANG LAIN KERANA, IANYA MENYUKARKAN PEMANDU/PENUNGGANG LAIN UNTUK
     MEMBUAT KEPUTUSAN SAMADA UNTUK MEMOTONG ATAU PUN TERUS IKUT DI BELAKANG
     Memang kita boleh "modify" dan memasang "condenser" bunyi ini kemudian, tapi saya rasa
     sekiranya Honda boleh memasang terus, ianya lebih selamat dan dapat mengelakkan
     pengubahsuaian yang mana ianya melibatkan pendawaian dipotong dan disambung dan
     kadang kala ianya boleh jadi litar pintas (shock circuit) lebih-lebih lagi sekiranya kerja ubahsuai
     ini dilakukan oleh mekanik yang kurang bertauliah (Pomen Tikus).


 r) Saya tak tahu di tempat lain tetapi di JB dan kawasan persekitarannya, dalam 100 motorsikal,
    lebih kurang 90 motorsikal akan memasang KOTAK BARANG di belakang, ianya kerana 2
    sebab:-
     i) Kebanyakan penunggang-penunggang ini bekerja di Singapura, jadi mereka memerlukan
        KOTAK BARANG ini untuk menyimpan barangan keperluan tambahan seperti Baju Hujan,
        Beg Galas/Beg Tangan (Pouch), Botol Air dan sebagainya.

     ii) Menyelamatkan beg dan barangan mereka daripada peragut yang menjadikan penunggang-
        penunggang yang menggantung beg galas, beg tangan dan barangan lain pada bahu atau
        pada pinggang sebagai mangsa (target) mereka.

     Cadangan saya adalah supaya motorsikal ini direka supaya "Kaki" (heavy duty) untuk mengikat
     Kotak Barang diadakan di bawah "Seat" tanpa perlu mengalihkan Pemegang Belakang Asal yang
     sedia ada dan tanpa melakukan pengubahsuaian yang besar dan mahal seperti yang dilakukan
     sekarang. Di JB, untuk memasang "kaki" khas dan kotak biasa bersaiz sedehana, lebih kurang
     RM200 diperlukan. Pada ketika ini, sekiranya kita tidak mahu memasang "Kaki" khas untuk
     memegang kotak tersebut, plan B ialah dengan membuka Pemegang Belakang Asal dan mengikat
     "bracket" besi di posisi tersebut dan kotak diikat pada "bracket" tersebut.
 
     (Kepada mereka yang tidak perlukan kotak ini pada motorsikal mereka, "IGNORE" cadangan
      ini)

  s) Pelaras Untuk Minyak Simpanan (Reserve Fuel)
     Saya rasa, PELARAS ini masih sesuai digunakan pada motorsikal moden. Adakalanya kita boleh
     terlupa untuk mengisi minyak dan adakalanya meter minyak rosak ataupun bacaan tidak tepat.
     Di dalam situasi-situasi yang dinyatakan di atas sekiranya motorsikal kita masih mempunyai
     fungsi tangki/minyak simpanan, kita masih dapat mengelakkan daipada menolak motorsikal
     hingga ke kedai minyak terdekat.

  t) Lampu Kecemasan (Hazard Light)
     Mungjin Honda juga boleh memikirkan untuk mengadakan Lampu Kecemasan. Sama seperti  
     Lampu Isyarat (Signal), fungsi ini juga boleh dipasang kemudian atau pun "modify". Jadi saya
     rasa tidak perlu menjelaskannya dengan panjang lebar.

  u) Karburator yang lebih "efficient" dan lebih jimat perlu menggantikan karburator yang sedia ada
      dan dalam hal ini saya rasa Karburator berkonsep "Fuel Injection" adalah jawapannya


   Saya berharap model HONDA FUTURE yang seterusnya akan mengambil kira kesemua cadangan
  atau pun sebahagian daripada cadangan saya kerana tidak semestinya kita perlu memiliki motorsikal
  berkuasa besar untuk memiliki atau pun menikmati ciri-ciri keselamatan dan keselesaan yang lebih
  baik.

   Apa salahnya ciri-ciri keselamatan dan keselesaan yang lebih baik dan canggih di adakan pada
  motorsikal berkuasa kecil seperti motorsikal HONDA FUTURE ini. Saya percaya harga motorsikal
  seperti yang saya cadangkan ini mampu dibina dengan lebihan beberapa ratus ringgit daripada
  harga sekarang kerana "Mass Production" Honda Future ini bukannya di Jepun tetapi mungkin
  di Malaysia, Thailand atau pun di Vietnam di mana kos pembinaan/pemasangannya lebih murah.

   Sekiranya HONDA mampu mengembalikan era kegemilangannya seperti pada zaman HONDA
  EX5 mula diperkenalkan dahulu, di mana jualan motorsikal ini berada pada tahap maksimum
  dan motorsikal ini memonopoli segala pelusuk jalanraya jika dibandingkan dengan pesaing, saya
  percaya HONDA mampu menghasilkan motorsikal HONDA FUTURE dengan kos pengeluaran
  (manufacturing cost) yang jauh lebih rendah.

   Hari ini di JB, daripada 10 motorsikal kapcai di atas jalanraya, lebih daripada 5 adalah Yamaha
  LC, dan bakinya barulah Honda Wave, EX5, Yamaha Lagenda, Yamaha RX125, Suzuki Shogun,
  Suzuki Axelo, Suzuki Belang dan lain-lain. Ini bukan salah Yamaha tetapi kesilapan Honda yang
  tidak mahu terima perubahan mengikut peredaran zaman dan kehendak dan citarasa pembeli.

   Terlanjur bercerita, izinkan saya memberi satu contoh. Empat hari yang lalu motorsikal Honda
  Wave jiran saya kena curi depan rumah, dua hari yang lalu, beliau membeli motorsikal baru..
  Dapat anda teka motorsikal apa yang beliau beli???? ya YAMAHA LC.  Jadi saya rasa, HONDA
  perlu memenangi kembali hati pembeli. Untuk itu, HONDA harus berubah dan saya rasa saya
  telah melakukan setakat yang terdaya......kalau ikutkan, HONDA kena hadiahkan saya sebiji
  motorsikal HONDA FUTURE, full spec seperti yang saya cadangakan (gurau je :)
   

    Lagi pun, dengan membina terus atau pun menggantikan bahagian-bahagian (part) yang saya
   cadangkan terus daripada kilang bermaksud kita tidak perlu membazirkan wang untuk memasang
   bahagian-bahagian rekaan lama dahulu kemudian baru menggantikannya dengan rekaan baru atau
   pun dengan perkataan lain, DUA KALI BERBELANJA. Cadangan saya adalah untuk SEKALI BELANJA
   SAHAJA, iaitu:-

  1) Dengan membina enjin berkuasa 5 Kelajuan terus dari kilang, kita tidak perlu membina enjin
      4 Kelajuan lagi.

  2) Dengan menggantikan Pemijak Gear yang lebih menarik terus dari kilang, kita tidak perlu lagi
      Pemijak Gear fesyen lama dari era C70.

  3) Terus bina suiz lampu, hon beserta dengan suis "PASS" untuk 'High Beam" di kilang.

  4) Begitu juga dengan PENUTUP keselamatan untuk "Hand Starter". Terus bina di kilang

  5) Lampu Bi-Xenon boleh dibina terus di kilang untuk motorsikal "Full Spec" dan Lampu
      Biasa untuk motorsikal "Normal Spec".

  6) "Absorber" yang lebih canggih atau pun terkini dipasang terus di kilang untuk kategori
      "Full Spec" dan "Absorber" biasa untuk "Normal Spec".

  7) Sama juga untuk Ekzos, pasang yang lebih canggih terus di kilang untuk kategori "Full
      Spec" dan Ekzos seperti sekarang untuk "Normal Spec".

  8) "Speedo Meter" Digital dipasang di kilang untuk "Full Spec" dan Meter Biasa seperti yang
      sedia ada untuk "Normal Spec".

  9)  Reka ruang kecil "compartment" di hadapan (bertutup dan berkunci), sesuai untuk memuatkan
       sedikit dokumen dan handphone semasa ianya di cas terus daripada motorsikal. Kemudahan
       ini boleh dibina pada motorsikal "Full Spec" dan untuk motorsikal "Normal Spec", tanpa
       kemudahan ini.

 10) "Holder" mudahalih untuk meletakkan minuman tin dan "Hanger" untuk menggantung minuman
       dan lain-lain barang boleh diadakan pada "Full Spec" sahaja atau pun pada kesemua kategori
       bergantung pada kos pemasangannya.

 11) "Faring" yang dapat melindungi kasut daripada hujan renyai dan jalanraya yang basah boleh
       direka untuk "Full Spec" sahaja atau pun untuk kesemua kategori.

 12) Isyarat peringatan Tongkat Tepi belum dinaikkan boleh direka untuk "Full Spec" sahaja atau
       pun untuk kesemua kategori bergantung pada kos pemasangannya.

 13) Begitu juga untuk "Isyarat" peringatan (beeping sound) untuk Signal (indicator). Pemasangan
      dibuat terus di kilang untuk kategori "Full Spec" sahaja.

 14) Rekaan rangka motorsikal bersesuaian untuk pemasangan "Kaki" khas untuk pemasangan Kotak
       Barang tanpa perlu "buang" Pemegang Belakang Asal" untuk kesemua kategori.

 15) Pelaras Minyak Simpanan (reserve fuel) direka dan dipasang terus di kilang untuk kesemua
       kategori.

 16) Karburator berkonsep "Fuel Injection" yang lebih "efficient" dan lebih jimat dipasang terus di
       kilang untuk " Full Spec" sahaja atau pun untuk kesemua kategori bergantung pada kosnya.


   Sekian dan terima kasih
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

qmmp
tongkat tepi -  honda icon ada fungsi ini. injin tak boleh start kalau tongkat tepi tidak dinaikan.

beeping sound) untuk Signal (indicator) - zaman dulu tahun 90an dah ada. sekarang kereta lori bas pun dah tak ada bunyi ini.

Kotak Barang - nanti pengeluar kotak tak boleh cari makan bro.

Pelaras Untuk Minyak Simpanan (Reserve Fuel)  - ini zaman dulu punya.  sekarang cuma modenas kriss ada benda ni.

Lampu Kecemasan (Hazard Light)  - dah ada bro

berapa jimat penggunaan minyak antara Fuel Injection vs kabutaror ? yg aku tau kaburator lebih power. pakai kaburator pun bukan laju mana pun. pakai Injection nanti top speed cuma 100 kmj saja.

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

 Richard
 bro, saya tahu ciri-ciri tu dah lama ada, tapi masalahnya sekarang, samada ciri-ciri itu ada pada HONDA FUTURE??? Takkan semuanya kita kena modify sendiri, apa salahnya sekiranya ciri-ciri ini dipasang terus di kilang...
BJ
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

BJ
kalau la boon siew bagi tayar tubeless....
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

wltay04
aku dikon oleh penjual motosikal kat shah alam, katanya tubeless tyre untul full specs, mana tau honda bagi tube tyres je.. over price, honda sucks.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

 Richard

 Seperti komen saya pada perenggan i) , kawan saya yang baru terima motor Honda Future ini dah
pun merungut pasal kunci motor yang besar sangat dan kurang selesa untuk disimpan di dalam poket
seluar beliau.

 Kunci yang sederhana saiz sudah cukup untuk menjalankan tugasnya dan ianya lebih selesa untuk
disimpan dalam poket walaupun lebih daripada satu kunci di sangkut sekali pada "key chain".

 Berkaitan dengan tayar tube, semua kategori menggunakan tayar tube, kita kena keluar duit sendiri
untuk tukar tayar tubeless.... Yang menariknya (sebenarnya menyakitkan hati), di satu kedai di JB,
kedua-dua tayar dan tube, dia nak ambil dengan nilai RM40 je TAPI Tayar tubeless dia, dia nak jual
RM95 sebiji (tayar belakang)......banyak cantik
BJ
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

BJ
ade tak cara lain untuk ngelak tayar tube biasa drpd bocor sementara menunggu tayar botak
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

 Richard
In reply to this post by qmmp
 Apa komen Boon Siew Honda mengenai cadangan-cadangan saya? Di harap Boon Siew Honda sudi berkongsi pandangan
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

booster
Motor ini kan honda wave 125 model 2012. Bukan model serba baru honda Future 125.
Semestinya serupa dgn wave 125 yang lain. Ada part yg boleh dikongsi dgn wave lain.
 
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

Lone Ranger
Salam,  Komen-komen membina diatas ada kebenarannya..

Semasa baru pelancaran nya, saya telah kunjungi kedai Honda, memang rasa nak beli... tapi fikir-fikir..

1. tak berkenan kerana penutup lubang kunci kena masukkan belakang kunci untuk menutupnya, kurang   praktikal, tak seperti si "Y", hanya tekan butang sahaja.
2. Kurang tertarik dengan absorber belakang,
3. Sports Rim, tapi tayar bukan tubeless..  rasa macam tertipu sahaja.

last, seminggu sebelum raya puasa, ambil LC.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

PowerDream
Lone Ranger , I accept the view of the model, individuals have their own views do type "Y" there are many choose to modification.

- I chose this model "Future" caused this engine I have ever tried outside the country.
- I have the EX-5 with 17 years, unable to change the past caused me unattractive model if different from abroad.
- I believe boon siew already started to monitor the market need.
- I know the type "Y" does not change if compare outside the country, only CDI we have to follow instruction from government.
- I am happy with this model after day 11, comfortable, silent,  fuel efficiency "setiap 200km RM7.00 Ron95"
  speed 60 - 70km/j.

Wish you enjoy your "Y" jenama.. ;D
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

hondafuturama
In reply to this post by Lone Ranger
penutup kunci tu akan tutup sendiri bila lock handle. lagi senang dari "y" yang kena tekan.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

arief
In reply to this post by Richard
bro..tayar tubeless memela mahal sikit bro..pegila mana2 negara kat dunia ni tak dapat murah punya..tapi nak tanyala..betul ke future ni jimat gila minyak..wa dah survey..ingat nak ambik jugak sebijik,tapi tokey kedai tu boleh kata pulak,tangki besar kuatla menatang ni makan minyak..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

arief
In reply to this post by PowerDream
sekarang wa pakai wave 110..sekali isi minyak dalam 5 hengget..kalau tak selalu tekan,bolehla tahan abis kuat pun 4-5 hari..wa dengar future ni sekali isi boleh tahan sampai dua minggu baru isi minyak lagi..betul ke..cam kencing je..agaknya abis kuat tahan pun dgn tangki 5.6L tu,seminggu je kot..tu kalau jarang tekan,kalau hari2..sapa boleh jawab ni..dah ada ke org yg pakai future ni..tolong jawab sikit..kuasa membeli ditangan kita,jangan sampai sok bila dah beli,rasa cam tak berbaloi pulak..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Ciri-Ciri Baru atau pun New Features

POWERDREAM
Bro Arief, Yes tank5.6L -RM10 more or less full tank.
I fill every 200km - RM7 +/- (Ron95) with drive speed between 60-80km/h ("4 or 5 days"), if you want to say you hold 2 week just fill petrol, want to know how far KM ? I tried Ron97 before , more or less can go up to 300km ++.

This motor is a smooth ride while the way of highway, if you go up hill a bit less energy, can feel a lot of wind through carburetor . It is possible that I have changed to tubeless tire front 80/90 and rear 90/80 ..

 
Loading...